Sunday, October 26, 2014

Kenali Siti Sarah Samsuri

Teks : Siti Sarah Samsuri
Foto : Siti Sarah Samsuri

Saya lebih selesa orang memanggil saya Sarah. Nama penuh Siti Sarah Samsuri yang diberikan oleh kedua ibubapa Samsuri Sabran dan Jamilah Mansor. Dilahirkan pada tahun 1987 di Daerah Kerian ,Perak.
2014-03-09 13.10.44
Orait! Ni gambar saya dan buah hati (Cik Nur Fathia Hana Khairul Izman) semasa umurnya 6 bulan!
Eh! Gambar anak je?? Gambar suami?? Next time ya! 

                                                                   
Alhamdulillah…Saya telah berumahtangga  dengan sifu,mentor,imam, penasihat,sahabat baik,"soulmate","roommate in life","person in crime","shoulder to cry", dan yang paling penting beliau adalah teman seperjuangan saya dalam menjaga amanah (anak-anak) ialah Khairul Izman Abdul Rahim pada 22 Disember 2012.

Keinginan untuk menulis sering wujud dalam hati saya kerana saya merupakan seorang yang ulat buku. Saya gemar membaca buku pengenai Dakwah & Tarbiyah, Trevalog, relationship, parenting, Self Motivation, Investment, and Networking Business. Al Quran merupakan buku yang paling saya gemari dan sentiasa menjadi rujukan utama walaupun telah membaca buku-buku lain. Membaca sahaja membuatkan bahan bacaan tersebut terus lenyap dan terbang terus ke awan. Jadi, saya perlu menulis SEKARANG!

Selain dari ingin menjadikan menulis sebagai hobi, kewujudan blog ini adalah sebagai perkongsian dari saya dalam menyulusuri kehidupan bersama keluarga kecil saya. Tema yang ingin dikongsi adalah Pelaburan Saham Dunia & Akhirat. Saya juga ingin berkongsi nota-nota pelaburan jual beli saham saya di BSKL (agar saya tidak lupa juga!).

Doakan saya untuk terus istiqamah berkongsi ilmu. Semoga blog ini menginspirasikan pembaca.

“Sekiranya menulis itu satu hobi,maka kita akan senang hati.Tetapi jika menulis itu suatu misi, maka kita mesti berdarah-darah untuk berbakti”        
– Salim A. Fillah-

“Orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang di dalam masyarakat dan dari sejarah. Menulis adalah bekerja untuk keabadian.”
- Pramoedya Ananta Toer-

Secara ringkasnya, saya merupakan insan biasa yang sedang memperbaiki diri serta mencari keredhaan dari Allah yang Esa.

wassalam.

Saturday, October 25, 2014

MENULISLAH..semoga bermanfaat!



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Haish! macam tak percaya je Sarah nak ade blog.

Bukan apa….. I LOVE READ! tapi kan… bila banyaaaakkkkkk buku yang kita baca, kita pun lupe kan kita dah baca atau belum. Lebih berat lagi bila lupe apa yang terkandung dalam buku tersebut.huhuhu…

Harapnya, bila ada blog ni boleh la share isi buku yang telah dibaca dan senang sikit nak check status buku-buku yang ada di mini library kat rumah Sarah ni samada dah baca ke belum.  Bila confius, boleh baca entry kan? Smile

Lepas tu, Sarah ingat nak record perkembangan anak-anak. Sekarang ni kan semua softcopy, simpan di laptop,hardcopy,pendrive dan disket. Ceh! Disket pulak.. Smile with tongue out

Ingat mana-mana video akan dimuat turun di youtube, dah penuh SD card di Tab.hihi… OK je kot! untuk tatapan kami suami-isteri,anak-anak dan ahli keluarga lain. Kan senang bagi link je nanti bila tok wan, mak tok dan atuk? (Padahal selalu sangat video call)
Selain tu boleh juga share knowlegde yang bermanfaat dengan kawan-kawan. Boleh ke nak istiqamah ni?

INSYAALLAH….