Teks : Siti Sarah Samsuri
Foto : Siti Sarah Samsuri
Saya lebih selesa orang memanggil saya Sarah. Nama penuh Siti Sarah Samsuri yang diberikan oleh kedua ibubapa Samsuri Sabran dan Jamilah Mansor. Dilahirkan pada tahun 1987 di Daerah Kerian ,Perak.
Orait! Ni gambar saya dan buah hati (Cik Nur Fathia Hana Khairul Izman) semasa umurnya 6 bulan!
Eh! Gambar anak je?? Gambar suami?? Next time ya!
Alhamdulillah…Saya telah berumahtangga dengan sifu,mentor,imam, penasihat,sahabat baik,"soulmate","roommate in life","person in crime","shoulder to cry", dan yang paling penting beliau adalah teman seperjuangan saya dalam menjaga amanah (anak-anak) ialah Khairul Izman Abdul Rahim pada 22 Disember 2012.
Keinginan untuk menulis sering wujud dalam hati saya kerana saya merupakan seorang yang ulat buku. Saya gemar membaca buku pengenai Dakwah & Tarbiyah, Trevalog, relationship, parenting, Self Motivation, Investment, and Networking Business. Al Quran merupakan buku yang paling saya gemari dan sentiasa menjadi rujukan utama walaupun telah membaca buku-buku lain. Membaca sahaja membuatkan bahan bacaan tersebut terus lenyap dan terbang terus ke awan. Jadi, saya perlu menulis SEKARANG!
Selain dari ingin menjadikan menulis sebagai hobi, kewujudan blog ini adalah sebagai perkongsian dari saya dalam menyulusuri kehidupan bersama keluarga kecil saya. Tema yang ingin dikongsi adalah Pelaburan Saham Dunia & Akhirat. Saya juga ingin berkongsi nota-nota pelaburan jual beli saham saya di BSKL (agar saya tidak lupa juga!).
Doakan saya untuk terus istiqamah berkongsi ilmu. Semoga blog ini menginspirasikan pembaca.
“Sekiranya menulis itu satu hobi,maka kita akan senang hati.Tetapi jika menulis itu suatu misi, maka kita mesti berdarah-darah untuk berbakti”
– Salim A. Fillah-
“Orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang di dalam masyarakat dan dari sejarah. Menulis adalah bekerja untuk keabadian.”
- Pramoedya Ananta Toer-
Secara ringkasnya, saya merupakan insan biasa yang sedang memperbaiki diri serta mencari keredhaan dari Allah yang Esa.
wassalam.
No comments:
Post a Comment